Tuan Danial (Drama Slot Lestary TV3)

Posted on

Tuan Danial

Sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel berjudul Tuan Danial bakal menemui peminat drama melayu tidak lama lagi. Drama ini merupakan hasil karya dari novelis Azizah Ami dan diolah semula oleh penulis skrip Nieza Nahar & Jue Zurhanisza. Pengarah bagi drama ini adalah Idora Abdul Rahman dan merupakan hasil dari terbitan produksi Creative Skill Solution.

Buat masa ini drama ini masih tidak dijadualkan waktu dan tarikh tayangannya, namun drama ini akan mula ditayangkan pada penghujung 2019 nanti. Kepada para peminat Idris Khan dan Intan Najuwa jangan ketinggalan untuk mengikuti episod drama ini nanti yang mempunyai episod sebanyak 15 episod.

TAJUK

TUAN DANIAL

SLOT : Lestary
SALURAN : TV3
NOVELIS : Azizah Ami
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
ARAHAN : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution
PARA PELAKON : Idris Khan, Intan Najuwa, Atikah Suhaime, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Aman Graseka, Mathni Razak, Mohd Syafi , Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim

Pelakon dan Watak

Idris Khan sebagai Danial
Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim
Luqman Hafidz sebagai Rizal
Mathni Razak sebagai Azad

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tengku Ismahanim yang cuba dijodohkan dengan seorang jejaka kaya bernama Danial. Namun, kerana tidak mahu dikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali Tengku Ismahanim cuba mencari salah silap Danial dengan menyamar menjadi pembantu rumah di rumah Danial. Namun, Tengku Ismahanim yang tidak mampu melakukan sebarang kerja rumah menimbulkan prasangka kepada Danial. Bagi Danial, mustahil bagi seorang pembantu rumah namun tidak tahu melakukan kerja rumah.

Mampukah Danial menanggani seorang pembantu rumah yang tidak tahu menguruskan rumah? Adakah cinta mereka bakal terjalin dengan pertemuan yang penuh lucu dan drama?

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tengku Ismahanim yang cuba dijodohkan dengan seorang jejaka kaya bernama Danial. Namun, kerana tidak mahu dikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali Tengku Ismahanim cuba mencari salah silap Danial dengan menyamar menjadi pembantu rumah di rumah Danial. Namun, Tengku Ismahanim yang tidak mampu melakukan sebarang kerja rumah menimbulkan prasangka kepada Danial. Bagi Danial, mustahil bagi seorang pembantu rumah namun tidak tahu melakukan kerja rumah.Mampukah Danial menanggani seorang pembantu rumah yang tidak tahu menguruskan rumah? Adakah cinta mereka bakal terjalin dengan pertemuan yang penuh lucu dan drama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *