Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Tolong Sempurnakan Cerita Mami (MegaDrama)

Posted on

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Nantikan kemunculan drama terbaru menerusi slot MegaDrama di Astro RIA yang berjudul Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang diadaptasi dari novel hasil karya Syamnuriezmil. Drama bersiri 16 episod ini menampilkan pelakon seperti Isyariana, Fizz Fairuz, Fatimah Noryyah, Alvin Chong dan ramai lagi.

Drama ini merupakan hasil terbitan dari produksi Dear Creative Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Eyra Rahman manakala skrip drama ini diolah oleh Rehal Nuharis.

TAJUK

TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

EPISOD : 16 Episod
TARIKH MULA TAYANG : 13 Januari 2020 / 10 PM
SLOT : MegaDrama
SALURAN : Astro RIA & RIA HD
SKRIP : Rehal Nuharis
NOVELIS : Syamnuriezmil
ARAHAN : Eyra Rahman
TERBITAN : Dear Creative Media Sdn Bhd
PARA PELAKON : Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar

Pelakon Dan Watak

Fatimah Noryyah sebagai Deena
Isyariana sebagai Razean Safiya
Fizz Fairuz sebagai Aun Adwa
Alvin Chong sebagai Harez
Umairah sebagai Mikaela
Ken Ridzuan sebagai Mirza
Nasz Sally sebagai Hani
Azizah Mahzan sebagai Auni
Eleena Sui sebagai Bella

Sinopsis

Kisah mengenai sebuah keluarga kecil, Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun dan merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya itu amat mengganggu kehidupan seharian Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Addie membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal.

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *