Suamiku Mr Blind (HyppSensasi Unifi TV)

Posted on

Suamiku Mr Blind

Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru menerusi saluran HyppSensasi di Unifi TV berjudul Suamiku Mr Blind. Menampilkan Nazrief Nazri dan Janisa Jalil sebagai pelakon utama dan dibantu oleh pelakon seperti Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Drama bersiri 30 episod ini merupakan hasil arahan pengarah Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution.

Drama ini dijadualkan akan memulakan tayangannya pada 5 Ogos 2019 di jam 9 malam.

TAJUK

SUAMIKU MR BLIND

EPISOD : 30 Episod
SALURAN : HyppSensasi [Unifi TV]
NOVELIS : Danisyarahmat
SKRIP : Ain
ARAHAN : Rusdi Ramli
TERBITAN : Creative Skill Solution
PARA PELAKON : Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Fadzil Zahari, Cammy Zuhairi, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Rahim Kidol, Fathil Dhani, Sheila Hassan, Roslan Salleh, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Izzul Faiq Zuhairi, Ikhlas Jalil

Pelakon Suamiku Mr Blind

Sinopsis

Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta.

Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada.

Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *