Satukan Rasa (MegaDrama Astro RIA)

Posted on

Satukan Rasa

Drama terbaru berjudul Satukan Rasa bakal menemui penonton tidak lama lagi yang menampilkan lakonan Siti Nordiana dan penyanyi lelaki popular Khai Bahar sebagai pelakon utama. Drama ini merupakan sebuah drama pertama lakonan oleh Khai Bahar selaku artis baru yang sedang meningkat naik, Drama hasil arahan Hadith Omar dan terbitan Suhan Movies & Trading ini bakal menemui penonton mulai 4 November nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

TAJUK

SATUKAN RASA

TARIKH MULA TAYANGAN : 4 November 2019 / 10 PM
EPISOD : 20 Episod
SLOT : Megadrama
SALURAN : Astro RIA & RIA HD
SKRIP : Puovin & Tommy Loh
ARAHAN : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PARA PELAKON : Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi

Pelakon Dan Watak

Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
Khai Bahar sebagai Jai Bakri
Nine sebagai Ben
Shasha Abedul sebagai Dede
Yusuf Bahrin asebagai Shah Bakri
Isyariana sebagai Saerah
Che Kem sebagai Bakri
Nina Juren sebagai Datin Amelia
Nadya Syahera sebagai Yatt
Ainin Batrisya sebagai Aira
Raja Azmi sebagai Kalthom

Sinopsis

Mengisahkan Indah, seorang balu dan penyanyi yang pernah popular namun mengambil keputusan untuk menyepi dari bidang seni tanahair berikutan sudah jemu dengan dunia hiburan dan mahu menumpukan perhatian kepada satu-satunya anaknya. Indah meneruskan kehidupannya dengan tenang dan selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party.

Dengan pekerjaan itu, Indah merasa puas setiap kali berjaya menjalankan parti yang dikehendaki oleh pelanggan. Namun Indah akhirnya terpaksa akur untuk memasuki semula dunia hiburan apabila kehadiran penyanyi baru yang viral di media sosial, Jai memerlukan khidmatnya sebagai seorang penyanyi senior dan lebih-lebih lagi mereka akan digandingkan bersama.

Jai mempunyai satu masalah yang dihidapi sejak dari kecil lagi iaitu perasaan gemuruh apabila berdepan dengan penonton. Indah terpaksa memikirkan cara bagi membantu Jai untuk menghilangkan rasa gemuruhnya di pentas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *