Rumah Siti Khadijah (Samarinda TV3)

Posted on

Rumah Siti Khadijah

Slot Samarinda di saluran TV3 bakal membawa kelainan dari sebelumnya di mana slot ini akan membawakan sebuah drama berjudul Rumah Siti Khadijah. Drama ini merupakan sebuah drama bersiri namun berbeza cerita dan watak di setiap episod. Ia menampilkan kisah dan rintangan wanita yang ditempatkan di rumah tersebut, sebab dan asbab mereka berada di rumah perlindungan Khadijah itu.

Drama ini bakal memulakan tayangannya sebaik sahaja tamatnya drama Hilang Yang Kembali iaitu bermula pada 10 September 2019 dan seperti biasa slot samarinda merupakan sebuah slot drama di jam 10 malam setiap hari isnin – khamis. Pengarah bagi drama bersiri ini adalah Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

TAJUK

RUMAH SITI KHADIJAH

TARIKH MULA TAYANGAN :
EPISOD : 13 Episod
SLOT : Samarinda
SALURAN : TV3
SKRIP : Farhana Fauri
ARAHAN : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PARA PELAKON : Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal , Fimie Don, Fara Nadiah, Radhi khalid, Erynne Erynna, Rusdi Ramli , Emelda Rosemila, Syainie Shuhaimi, Asyiqin Zaed, Haziq MacQuistan, Wan Nor Azlin, Syazwan Zulkifly, Adam Shahz, Hanna Aqeela, Syafnida Shuhaimi, Isyariana, Danish Hazriq, Zaefrul Nordin, Razzuan Rosli, Dian Dee, Scha Elinnea, Heykal Hanifah, Aleza Shadan, Bella Dowanna

Sinopsis

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira, Zara dan Fika mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.

Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya.

SUMBANG MAHRAM
Mengisahkan tentang Dura yang berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan datuknya sendiri. Abangnya, Lukman sering bekerja di luar daerah kerana dia bertanggungjawab menyara keluarga. Lama-kelamaan, Lukman nampak perubahan sikap Dura yang seolah-olah dalam ketakutan dan menjadi pendiam. Di hadapan Lukman, datuknya berpura-pura menjadi seorang yang penyayang. Lukman tidak sangka datuk mereka sanggup melakukan kerja yang terkutuk itu.

CALL GIRL
Mengisahkan tentang Fatin seorang gadis peramah yang datang meminta kerja di butik pakaian milik Sakinah. Sakinah memuji sifat Fatin yang pandai memikat hati pelanggannya. Fatin hidup bersama adik dan ayahnya, Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. Marzuki seorang kaki perempuan sering mendera Fatin dan adiknya jika tidak mendapat wang. Lama-kelamaan, Sakinah sedar perubahan sikap Fatin. Satu hari, Sakinah terserempak dan melihat sisi hidup Fatin yang membuat kerja sampingan sebagai ‘Call Girl’. Sakinah mula mengekorinya dan cuba membantu Fatin agar berubah dan kembali ke pangkal jalan.

PIL KHAYAL
Menceritakan hidup Mel, seorang anak tunggal yang dibesarkan dalam keluarga berada. Kesibukan ibu bapanya yang kerap ke luar negara sering meninggalkan Mel dengan pembantu rumahnya, Kak Ecah. Segala kemahuannya dituruti. Mel mula terjebak dengan pengambilan pil khayal. Setiap kali ibu bapanya ke luar negara, Mel akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan berkhayal.

LARI RUMAH
Kisah tentang Adira yang dibesarkan dalam keluarga yang baik dan sempurna. Namun di sebalik tanggungjawab terhadap keluarga, Adira rasa terbeban hidupnya dan tidak dapat bergaul dengan kawan-kawan lain. Perlakuan Adira mula berubah setelah berkenalan dengan Rizal melalui media sosial. Kemudian, orang tuanya dikejutkan dengan berita kehilangan anak mereka apabila Adira tidak pulang dari sekolah. Adira yang tertekan dan rasa terikat dengan tanggungjawab di rumah, tidak mahu pulang walaupun telah dijumpai oleh orang kampung dan orang tuanya.

One thought on “Rumah Siti Khadijah (Samarinda TV3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *