Rindu Yang Terlarang

Rindu Yang Terlarang (Drama Vaganza Astro RIA)

Posted on

Rindu Yang Terlarang

Rindu Yang Terlarang merupakan sebuah drama terbaru yang bakal ditayangkan di saluran Astro RIA menerusi slot DramaVaganza. Menampilkan pelakon Zahirah Macwilson dan Fikry Ibrahim sebagai pelakon utama. Drama ini merupakan hasil arahan dari pengarah terkenal Rashid Sibir dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn Bhd. Drama ini dijadualkan akan mula tayangnya sebaik sahaja tamat drama Cemburu Seorang Perempuan yang sedang ditayangkan.

TAJUK

RINDU YANG TERLARANG

TARIKH MULA TAYANGAN : 26 November 2019 / 7 PM
EPISOD : 20 Episod
SLOT : DramaVaganza
SALURAN : Astro RIA & RIA HD
NOVELIS : Umie Nadzimah
SKRIP : Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, SHaza Talib, Mufid Shuhaimi
ARAHAN : Rashid Sibir
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Zahirah Macwilson, Fikry Ibrahim, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Kartina Aziz, Sulaiman Yassin (Mat Over), Putri Hanan

Pelakon Dan Watak

Fikry Ibrahim sebagai Faith
Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
Sahronizam Noor sebagai Adnan
Mat Over sebagai Fazlan
Kartina Aziz sebagai Rohana
Jalil Hamid sebagai Tok Wan

Sinopsis

Drama ini memaparkan sebuah kisah cinta yang terlarang disebabkan pergaduhan kedua belah keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Oleh kerana permintaan mereka tak direstui oleh kedua belah keluarga, Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka akhirnya bertemu kembali dalam sebuah kejadian yang tidak dirancang. Faith berusaha merebut hati semula Ainnura, Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana bimbang perkara lama akan berulang kembali. Lebih-lebih lagi Ainnura mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi satu syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *