Puteri Yang Ditukar (Drama Slot TIARA Astro PRIMA)

Posted on

Puteri Yang Ditukar

Nantikan tayangan drama berjudul Puteri Yang Ditukar tidak lama lagi sebaik sahaja tamat drama Jodoh Jodoh Annisa menerusi saluran Astro PRIMA di slot Tiara. Drama baru ini menampilkan Elisya Sandha, Eyra Hazali dan Azrel Ismail sebagai pelakon utama dan turut dibantu pelakon lain antaranya adalah Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Adam Lee dan ramai lagi.

Puteri Yang Ditukar merupakan sebuah drama hasil dari adaptasi drama sinetron indonesia yang pernah menjadi kegilaan para penonton sinetron. Seperti biasa drama slot Tiara memulakan siaran pada jam 6 petang di saluran Astro PRIMA pada setiap hari isnin hingga jumaat.

TAJUK

PUTERI YANG DITUKAR

TARIKH TAYANGAN : 9 Julai 2019 / 6 PM
EPISOD : 80 Episod
SLOT : Tiara
SALURAN : Astro PRIMA & PRIMA HD
ARAHAN : Bahri Uma & Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida

Pelakon Dan Watak

Elisya Sandha – Amira
Eyra Hazali – Zahira
Azrel Ismail – Rizwan
Julia Farhana – Miesya
Edika Yusof – Tuan Malik
Siti Elizad Sharifuddin – Aini
Zila Bakarin – Maria
Fazlina Ahmad Daud – Farina
Eizlan Yusof – Ihsan
Ako Mustapha – Madun

Sinopsis Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai latar belakang yang amat berbeza sama sekali. Gadis bernama Amira ini sejak dari  kecil, dia dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Manakala berlainan sekali pula dengan Zahira yang mempunyai kehidupan yang cukup mewah dan hidup senang bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan juga kakak tirinya bernama Miesya. Walaupun begitu mewah dan senang, kehidupannya tidaklah begitu gembira, Ini kerana Zahira yang selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, terdapat satu rahsia yang tiada seorang pun yang mengetahuinya. Kedua-dua gadis tersebut bukan darah daging kepada orang tuanya, walhal sebenarnya mereka sudah ditukar dari kecil lagi, semasa mereka dilahirkan. Namun persoalannya, siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini?

Pelakon Puteri Yang Ditukar

Puteri Yang Ditukar Puteri Yang Ditukar Puteri Yang Ditukar

One thought on “Puteri Yang Ditukar (Drama Slot TIARA Astro PRIMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *