Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (DramaVaganza)

Posted on

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
DramaVaganza bakal menampilkan gandingan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose dalam sebuah drama yang berjudul Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis. Drama bersiri 24 episod ini merupakan adaptasi dari novel hasil karya Aulia Iman dan akan memulakan tayangannya pada 24 disember sebaik sahaja tamat drama Rindu Yang Terhalang.

Drama ini menerima sentuhan pengarah Hashim Rejab dan diterbitkan oleh produksi Mache Allstar United Sdn Bhd. Pelakon yang turut membantu dalam drama ini selain gandingan utama adalah Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka dan ramai lagi.

TAJUK

PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

EPISOD : 24 Episod
TARIKH MULA TAYANG : 24 Disember 2019 / 7 PM
SLOT : DramaVaganza
SALURAN : Astro RIA & RIA HD
SKRIP : Intan Zarina
NOVELIS : Aulia Iman
ARAHAN : Hashim Rejab
TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd
PARA PELAKON : Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka, Zarynn Min, Yusri Saleh

Pelakon Dan Watak

Uqasha Senrose sebagai Salsabila
Nafiz Muaz sebagai Kris Al-Hadi
Yusof Bahrin sebagai Khyril
Elly Mazlein sebagai Yasmin

Sinopsis

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara. Kris telah membantunya dan mereka mula saling menyukai.

Namun kedatangan Yasmin, tunang kepada abangnya, Khairyl yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain.

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *