Lelakimu Yang Dulu (Akasia TV3)

Posted on

Lelakimu Yang Dulu

Drama bersiri terbaru berjudul Lelakimu Yang Dulu menerusi slot Akasia di saluran TV3 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini juga merupakan sebuah lagi drama hasil dari adaptasi novel hasil tulisan dari novelis Farah Darianna. Drama kali ini menemukan semula pelakon yang pernah digandingkan sebelum ini, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Kedua pelakon popular ini pernah digandingkan menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Drama ini merupakan hasil arahan dari pengarah Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh produksi Mache All Star United Sdn Bhd. Selain mereka berdua, drama ini turut dibintangi oleh Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian dan ramai lagi.

Drama bersiri ini dijadualkan akan memulakan tayangan pada september 2019 nanti dan dijangka mempunyai episod sebanyak 28 episod. Nantikan kemunculan drama ini nanti.

TAJUK

LELAKIMU YANG DULU

EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : September 2019 / 7 PM
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
ARAHAN : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Mache All Star United Sdn Bhd
PARA PELAKON : Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Redza Rosli, Nadia Brian, Reen Rahim, Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Hamidah Wahab, Rosnah Johari, Arryyan Petra

Pelakon Dan Watak

Sharnaaz Ahmad – Hazrul
Nelydia Senrose – Daliya
Redza Rosli – Nazli
Reen Rahim – Faiqa
Nadia Brian – Zana
Ungku Hariz – Idlan
Azizah Mahzan – Ibu Maryam

lelakimu yang dulu

Sinopsis

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Hazrul dan Daliya yang terpaksa berpisah apabila suaminya, Hazrul dimasukkan ke dalam penjara di atas kesalahan merogol. Daliya kemudiannya membawa diri jauh bersama hatinya yang terguris dengan apa yang telah berlaku, Dalam tanpa sedar Daliya sebenarnya sedang mengandungkan anak mereka namun perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan Hazrul.

Setelah hampir dua tahun mereka berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *