I Love You Cikgu

I Love You Cikgu (Drama Slot Widuri TV1)

Posted on

I Love You Cikgu

Drama terbaru menerusi slot Widuri di saluran RTM1 berjudul I Love You Cikgu bakal memulakan tayangan pada awal tahun 2020 iaitu pada 3 januari 2020. Drama bersiri 13 episod ini menampilkan pelakon baru Sean Lee bergandingan bersama Hanna Aqeela. Drama ini merupakan hasil dari adaptasi novel karya Imanisa Riana dan skrip drama diolah oleh Maizurah Ederis.

TAJUK

I LOVE YOU CIKGU

EPISOD : 13 Episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 3 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Khamis – Ahad, 7 PM
SLOT : Widuri
SALURAN : TV1
SKRIP : Maizurah Ederis
NOVELIS : Imanisa Riana
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
PARA PELAKON : Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir

Pelakon Dan Watak

Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina
Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
Joyce Harn sebagai Lee Fong

Sinopsis

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *