Hilang Yang Kembali (Samarinda TV3)

Posted on

Hilang Yang Kembali

Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru menerusi saluran TV3 di slot Samarinda yang berjudul Hilang Yang Kembali. Menampilkan pelakon Aqasha, Emelda Rosemila dan Nafiz Muaz sebagai pelakon utama. Drama ini turut dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Azhan Rani, Zamarul Hisham, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

Drama ini bakal memulakan tayangan bermula pada 20 Ogos 2019 sebaik sahaja berakhirnya drama Kerana Dia Manusia Biasa.

TAJUK

HILANG YANG KEMBALI

EPISOD : 12 Episod

TARIKH : 20 Ogos 2019 / 10 PM / Isnin – Khamis

SLOT : Samarinda

SALURAN : TV3

ARAHAN : Amor Rizan

TERBITAN : Padi Pictures Sdn Bhd

PARA PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Arill Fesol, Damia Qaissara, Kazar Abd Razak, Adam, Syed Irfan, Ameer Imran, Nur Auni Zahra

PELAKON DAN WATAK

Aqasha – Razif
Emelda Rosemila – Fara
Azhan Rani – Tuan Ismail
Nafiz Muaz – Danial / Randi
Zamarul Hisham – Ikmal
Arill Fesol – Danish
Kazar Abd Razak – Che Jan
Elisya Sandha – Alisa
Damia Qaissara – Bunga
Adam – Danial
Syed Irfan – Danish
Nur Auni Zahra – Alisa
Ameer Imran – Randi

SINOPSIS

Kisah mengenai konflik sebuah keluarga akibat dari kehilangan seorang anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *