Gostan (Telemovie Astro First Eksklusif)

Posted on

Gostan

Jangan ketinggalan untuk melanggan telemovie yang amat menarik berjudul Gostan menerusi saluran astro first. Telemovie ini menampilkan Hisham Hamid, Hazama, Ajak Shiro dan Zalif Sidek sebagai watak dan teraju utama. Telemovie arahan oleh Nabil Ahmad ini juga menampilkan pelakon kanak – kanak iaitu Syamim Razii, Wafiy Johan, Aniq Iffat dan Akhbar Latefi.

Langgan telemovie ini sekarang menerusi saluran 480 (Astro First Eksklusif) dan juga boleh melanggan terus menerusi menu on demand. Harga bagi satu langganan adalah RM10.

TAJUK

GOSTAN

SALURAN : Astro First Eksklusif

SKRIP : Arbi Suffian bin Rozlan

ARAHAN : Nabil Ahmad

TERBITAN : KMN Productions Sdn. Bhd

PARA PELAKON : Hazama, Hisyam Hamid, Ajak Shiro, Zalif Sidek, Syamim Razii, Wafiy Johan, Aniq Iffat, Akhbar Latefi

Sinopsis Gostan

Mengisahkan pengembaraan komedi nostalgia yang merentasi tiga generasi tentang seorang ahli sains yang mengubah masa lalu rakan-rakan baiknya dengan menggunakan mesin masa.

Persahabatan 4 sekawan sejak umur mereka 7 tahun lagi . Cerita bermula dengan 3 orang kawan iaitu Pomi, Wok dan Munir. Mereka sangat menantikan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal muncul.

Ketiga-tiga mereka mempunya karakter yang berbeza namun misi mereka sama, iaitu untuk mengumpul seberapa banyak duit raya yang boleh semasa hari raya. Ketika hari raya mereka telah mengembara sekitar kampung bagi mengutip duit raya sehinggalah mereka terjumpa seorang budak sebaya yang sedang mengutip tin dan mengumpul kotak di hari raya. Mereka berasa terharu selepas budak pengemis itu tidak dapat merasai kemeriahan raya disebabkan keadaan hidupnya.

Mereka bertiga telah bersepakat untuk bersama-sama membantu Muksin, budak pengemis yang baru mereka kenal itu. Mereka berempat meraikan semangat raya bersama-sama dan menjadi akrab. Muksin telah diterima sebagai anak angkat seorang profesor / saintis di kampung mereka.

Persahabatan mereka itu kekal terjalin sehinggalah mereka melangkah ke sekolah menengah. Zaman persekolahan mereka penuh nostalgia dan sukar dilupakan. Sehinggalah di hujung persekolahan, Pomi , Wok dan Munir bersedih kerana Muksin bakal meninggalkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

19 tahun berlalu, Pomi, Wok dan Munir sudah mempunyai kerjaya dan keluarga masing-masing. Namun, kehidupan mereka masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri. Kepulangan Muksin dari luar negara sempena majlis “reunion” telah membuatkan mereka bertiga teruja untuk berjumpa semula Muksin.

Pertemuan mereka bertiga dengan Muksin pada malam “reunion” telah menjadi titik permulaan terhadap perubahan hidup mereka. Muksin yang telah berjaya dalam hidupnya setia mendengar luahan hati Pomi, Munir dan Wok tentang masalah kehidupan mereka. Beliau berasa terpanggil untuk membantu kehidupan rakan-rakannya.

Muksin kemudiannya menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lampau dan cuba mengubah nasib hidup rakan-rakannya. Muksin cuba mengubah takdir rakan-rakannya, namun niat beliau tidak disukai rakan-rakannya. Bolehkah mereka kembali semula ke masa kini, tanpa ada sebarang perubahan dan yang paling penting, berjumpa semula keluarga masing-masing?

Pelakon Gostan astro Pelakon Gostan astro

One thought on “Gostan (Telemovie Astro First Eksklusif)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *