Cinta Paling Indah (Drama TV2 Lakonan Aliff Aziz)

Posted on

Cinta Paling Indah TV2

Jangan lupa untuk menonton sebuah telefilem menarik menerusi saluran TV2 jumaat ini berjudul Cinta Paling Indah. Lakonan hebat oleh Aliff Aziz dan Aprena Manrose serta beberapa lagi pelakon lain seperti Nadia Brian, Mustaqim Bahadon, Beego dan ramai lagi. Telefilem ini merupakan hasil arahan pengarah Shirin Hj Khuzaimi.

TAJUK

CINTA PALING INDAH

TARIKH TAYANGAN : 21 Jun 2019 , 9.30 PM
SLOT : Citra
SALURAN : TV2 (RTM)
ARAHAN : Shirin Hj Khuzaimi
PARA PELAKON : Aliff Aziz, Aprena Manrose, Nadia Brian, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah

Menceritakan tentang cabaran dan pengorbanan dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Dia mencuba untuk berhijrah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lalu Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Namun Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi.

Tidak lama kemudian Raes berkenalan pula dengan Damiah, gadis yang diselamatkannya ketika lemas. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian.

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya.

Para Pelakon

One thought on “Cinta Paling Indah (Drama TV2 Lakonan Aliff Aziz)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *