Cindai (Drama Slot Samarinda TV3)

Posted on

Cindai

Nantikan kemunculan sebuah lagi drama terbaru berjudul Cindai yang menampilkan Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan sebagai pelakon utama. Drama bersiri 15 episod ini akan menghiasi slot samarinda tidak lama lagi sebaik sahaja tamatnya drama Kerana Dia Manusia Biasa.

Drama ini merupakan hasil arahan dari pengarah Azman Yahya dan skripnya pula diolah oleh Markoto Kobota & Chinta Nadeesha, manakala penerbit bagi drama ini adalah produksi JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga dibarisi oleh pelakon lain seperti Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

TAJUK

CINDAI

TARIKH TAYANGAN : 2019 / 10 PM
EPISOD : 15 Episod
SLOT : Samarinda
SALURAN : TV3
SKRIP : Markoto Kobota & Chinta Nadeesha
ARAHAN : Azman Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Catriona Brian Ross, Raysha Rizrose, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa

Sinopsis

Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh ditumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.

Para Pelakon

Apa itu Bipolar?

Bipolar disorder atau yang juga dikenal sebagai gangguan bipolar adalah suatu kondisi mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. Hal ini membuat orang dengan gangguan bipolar memiliki episode mood yang sangat bahagia (mania) atau sangat sedih (depresi). Sering kali, di antara perubahan keduanya, pasien tetap mengalami kondisi mood yang normal.

Saat pesakit merasa sedih, ia akan merasa tertekan, kehilangan harapan, dan bahkan dapat kehilangan keinginan untuk melakukan kegiatan seharian. Tetapi saat merasa senang, pesakit akan merasa sangat bersemangat dan penuh ghairah. Perubahan mood tersebut dapat terjadi beberapa kali dalam setahun, atau bahkan seminggu dalam kes yang lebih parah. Kondisi jiwa ini dapat menyebabkan rosaknya hubungan peribadi, rendahnya motivasi dan produktiviti di tempat kerja, dan yang lebih buruk lagi dapat menyebabkan perasaan ingin membunuh diri. Oleh karena itu, orang-orang dengan bipolar disorder sangat disarankan untuk menghubungi bantuan medic saat mengalami perubahan mood yang signifikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *