Cerita Hantu Asrama

Cerita Hantu Asrama (Meremang Astro PRIMA)

Posted on

Cerita Hantu Asrama

Sebuah drama seram bersiri bakal disiarkan menerusi saluran Astro PRIMA berjudul Cerita Hantu Asrama. Drama ini memaparkan kisah dari kejadian yang pernah berlaku di asrama, kisah berlainan setiap minggu akan dipaparkan menerusi drama ini. Drama yang bakal memulakan tayangan pada 5 Disember ini menampilkan ramai pelakon iaitu diantaranya adalah Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, iman Tino, Sharifah Rose, Yuna Rahim, Atiq Azman, Adam Lee dan ramai lagi.

TAJUK

CERITA HANTU ASRAMA

TARIKH MULA TAYANG : 5 Disember 2019 / 11 PM
SLOT : Meremang
SALURAN : Astro PRIMA & PRIMA HD
ARAHAN : Faliq Sharif
TERBITAN : Padusi Pictures
PARA PELAKON : Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, Sharifah Rose, Yuna Rahim, Atiq Azman, Adam Lee, Sweet Qismina, Fazziq Muqris, Afieq Shazwan, Aisar Khaledd, Aman, Aiman Tino, Izzy Reef

Sinopsis

Drama ini memaparkan dan menghimpunkan kisah-kisah seram dan misteri yang pernah berlaku di asrama.

EPISOD 1
Kisah kejadian aneh surau lama di sekolah mereka. Kisah tentang seorang pelajar lelaki – Imran yang diganggu ketika solat di surau berkenaan.

EPISOD 2
Adi menceritakan tentang kisah loker yang menghantui pelajar baru asrama bernama Syaqir. Setiap malam, Syaqir diganggu dengan jeritan dan ketukan yang kuat dari dalam loker.

EPISOD 3
Wani berkongsi kisah tentang Aqilah. Malangnya, Aqilah ditemukan mati dan menghantui seluruh asrama. Wani melihat kelibat misteri di dalam rumah warden Farha. Apa yang terjadi?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *