Cemburu Seorang Perempuan

Cemburu Seorang Perempuan (Drama Vaganza)

Posted on

Cemburu Seorang Perempuan

Sebuah slot drama terbaru iaitu Drama Vaganza bakal ditayangkan menerusi saluran Astro RIA tidak lama lagi. Untuk siri drama pertama kali ini, Drama Vaganza memaparkan drama berjudul Cemburu Seorang Perempuan yang merupakan adaptasi dari hasil tulisan novelis Siti Hazneza Abdul Hamid, Drama ini dibintangi oleh Amyra Rosli, Emma Maembong, Amar Baharin dan Nazrief Nazri. Slot terbaru ini dijadualkan akan memulakan tayangan pada 20 oktober ini, di jam 7 malam setiap hari isnin hingga jumaat.

TAJUK

CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

EPISOD : 20 Episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 20 Oktober 2019 / 7 PM
SLOT : DramaVaganza
SALURAN : Astro Ria & Astro Ria HD
NOVELIS : Siti Hazneza Abdul Hamid
ARAHAN : Eyra Rahman
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PARA PELAKON : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Nazrief Nazri, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Rashidah Jaafar, Elmy Moin

Pelakon Dan Watak

Emma Maembong sebagai Emilia
Amyra Rosli sebagai Dhia
Amar Baharin sebagai Zikri
Nazrief Nazri sebagai Shah
Bella Dowanna sebagai Kila
Dini Schatzmann sebagai Najib
Fauzi Nawawi sebagai Sufian
Lisdawati sebagai Lea
Sabrina Ali sebagai Nat
Amir Nafis sebagai Badri
Mior Darwish sebagai Eizlan

Sinopsis

Zikri dan Dhia merupakan kawan baik dan amat rapat sejak mereka di alam persekolahan lagi. Keakraban mereka ini tidak disenangi oleh keluarga Zikri dan hal ini terjadi adalah kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Oleh dari itu, Keluarga Zikri telah berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Tidak lama kemudan, Zikri kemudiannya telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Emilia. Hidup mereka bahagia namun kebahagiaan mereka tidak lama, selepas keguguran anak pertama mereka Emilia disahkan tidak boleh mengandung lagi kerana terdapat kecederaan pada rahimnya. Disebabkan itu, Emilia tidak mahu suaminya tidak mempunyai anak sampai mereka tua, lalu Emilia mengambil keputusan untuk Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhia untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Perasaan sayang kepada sahabat baiknya itu merelakan hati Dhia untuk menerima permintaan Emilia dan mengahwini Zikir. Selain itu kerelaan Dhia juga berpunca dari perasaannya yang sudah lama wujud.

Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja, ini kerana Dhia sedar kehadiran dirinya dalam rumahtangga Zikri hanya sekadar untuk mendapatkan zuriat. Akan tetapi, perasaan cinta dan sayang bukanlah sesuatu yang boleh ditolak. Zikri mula menyintai Dhia setelah tidak lama mereka mendirikan rumahtangga. Mungkin kerana sikap Dhia yang lemah lembut dalam segala hal.

Ini membuatkan Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

One thought on “Cemburu Seorang Perempuan (Drama Vaganza)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *