Pelakon Bukan Cinta Aku

Bukan Cinta Aku (Drama Samarinda TV3)

Posted on

Bukan Cinta Aku Samarinda TV3

Bukan Cinta Aku merupakan sebuah drama menarik yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini dibarisi pelakon kesukaan ramai seperti Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong, dan Mimi Lana. Empat pelakon ini merupakan watak dan tunjang utama drama Bukan Cinta Aku di mana drama ini mengisahkan tentang cinta 3 penjuru diantara mereka.

Drama ini merupakan hasil terbitan oleh produksi Layar Ceritera Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Ejump Mohd dan skrip bagi drama ini digarap oleh Erma Fatima.

Nantikan tayangan Bukan Cinta Aku bermula pada 5 jun 2019 ini di jam 7 petang di setiap isnin hingga khamis menerusi saluran TV3.

TAJUK

BUKAN CINTA AKU

EPISOD : 20 Episod
TAYANGAN : 5 Jun 2019 – 2 Julai 2019 / 7 PM
SLOT : Akasia
SALURAN : TV3
SKRIP : Erma Fatima
ARAHAN : Ejump Mohd
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PARA PELAKON : Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir

Pelakon Dan Watak

Janna Nick – Riana (Nur Ariana)
Syafiq Kyle – Tengku Isma
Baim Wong – Arjuna
Mimi Lana – Qisya
Daler Yusuf – Aidil
Eizlan Yusof – Dato Razak
Maria Farida – Datin Raihan
Dini Schatzmann – Remy
Azizah Mahzan – Mak Arjuna
Marisa Yasmin – Tengku Khaleeda
Fizo Omar – Sam
Eyka Farhana – Nida
Paula Verhoevan – Bella
Aishah Azman – Lily
Jay Iswazir – Adi

Sinopsis Bukan Cinta Aku

Rania, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu kepada keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna.

Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali.

Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania.

Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya.

Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

Pelakon Bukan Cinta Aku

One thought on “Bukan Cinta Aku (Drama Samarinda TV3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *