Budok Kuba (Telefilem Astro Citra Exclusive)

Posted on

Budok Kuba Astro Citra Exclusive

Jangan lupa untuk menonton sebuah telefilem menarik menerusi saluran Astro Citra berjudul Budok Kuba menerusi slot Citra Exclusive. Telefilem ini merupakan inspirasi dari kisah viralnya gambar seribu makna oleh Syukur Khamis, seorang budak kampung yang berkawan rapat dengan haiwan peliharaan bapanya. Istimewanya telefilem ini, Syukur Khamis akan muncul sebagai teraju utama dan kisah dari telefilem ini diolah oleh Arie Zaharie Production.

Kepada para peminat Syukur Khamis, anda jangan ketinggalan untuk menonton telefilem Budok Kuba di malam minggu ini iaitu 20 julai 2019 pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Citra atau Citra HD.

TAJUK

BUDOK KUBA

TARIKH TAYANGAN : Sabtu, 20 Julai 2019, 9 PM
SLOT : Citra Exclusive
SALURAN : Astro Citra / Citra HD
SKRIP : Jo Sidek
ARAHAN : Hashim Rejab
TERBITAN : Arie Zaharie Production
PARA PELAKON : Syukur Khamis, Wan Hanafi Su, Dato’ Fizz Fairuz , Emelda Rosmila, Kamaliah Md Dom, Sarah Daud

Pelakon Budok Kuba

Sinopsis

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berpisah akibat dari penceraian ibu bapa. Amar bersama ibunya pulang ke kampung untuk tinggal bersama datuknya. Semasa berada di kampung, kehidupan Amar sama sekali berubah namun Amar menyukai kehidupan barunya itu di kampung bersama ibu dan datuknya.

Namun kepulangan bapanya seakan meragut kebahagiaan baru Amar semasa berada di kampung. Bapanya mahu Amar kembali tinggal bersamanya di kota kerana baginya di kampung tiada kemudahan yang dapat membantu Amar menjadi insan berguna.

Namun Amar mula menyayangi dan tidak mahu meninggalkan kampungnya itu kerana baginya haiwan yang ada di kampung bagaikan sebuah keluarga pada dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *