Ajari Playboy Itu (Drama Slot Dahlia TV3)

Posted on

Ajari Playboy Itu

Jangan lupa untuk menonton drama berjudul Ajari Playboy Itu menerusi slot Dahlia di saluran TV3, Dibintangi oleh aktor meningkat naik iaitu Fendy Bakry dan kali ini Emma Maembong digandingkan buat pertama kalinya bersama Fendy. Drama ini dijadualkan memulakan tayangannya pada bulan jun 2019 nanti, seperti biasa slot Dahlia TV3 merupakan sebuah slot drama di jam 6 PM setiap hari jumaat hingga ahad.

Drama ini merupakan hasil terbitan Pena Creative Pictures dan diarahkan oleh pengarah Kyoll Hamzah dan skrip pula ditulis oleh Rina Khan. Selain Fendy dan Emma, Drama ini juga turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Kilafairy, Shiqin Kamal dan ramai lagi.

TAJUK

AJARI PLAYBOY ITU

EPISOD : 20 Episod
TARIKH : Jun 2019
SLOT : Dahlia
SALURAN : TV3
SKRIP : Rina Khan
ARAHAN : Kyoll Hamzah
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PARA PELAKON : Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Kilafairy, Shiqin Kamal

Sinopsis

Haris malu dan marah bila Aida memarahinya di hadapan pelangan butik kafe ketika Haris sedang memikat seorang gadis. Aida kecewa Haris yang kini kekasihnya, masih lagi berperangai playboy.

Pertengkaran mereka berakhir dengan Aida meletak jawatan dan meninggalkan butik kafe tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Ketiadaan Aida memporak-perandakan kehidupan Julia dan Hana. Mereka yang sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing terpaksa bergilir-gilir menguruskan butik kafe H&J, sedangkan Haris bersikap ‘lepas tangan’.

Mengamuklah Julia dan Hana pada Haris. Tapi Haris berkeras mengatakan dia tak patut dipersalahkan jika Aida sendiri yang perasan, sedangkan dia tak pernah menganggap Aida lebih dari kawan biasa. Padahal Julia dan Hana sendiri pernah menyaksikan bagaimana Haris terlebih ‘caring’ kepada Aida sehingga Aida jadi perasan begitu.

Para Pelakon

ig – http://instagram.com/explore/tags/ajariplayboyitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *